Friday, August 31, 2012

Sunday, August 26, 2012

Pambuyuk



Kau bilang baik. Aku fikir baik. Kau bilang betul. Benak gebuku yakin kau betul. Lebih setengah waktu aku kenali kau, setiap kali aku rasa sinar kau menampar, dileherku terbelit sirna aneh yang kau punya. Denganmu ibarat melintas jalan, pimpinan erat kau mencengkamku, terheret aku. Buat kulupa syarat melintas, terlambat bagiku toleh kiri kanan kiri. Tak pernah sempat.
Tuhan sayang aku. Dia tunjuk. Aku dengar. Dia beri kau, aku percayaNya. Mungkin Dia beri kau untuk aku bina wadi aku. Yakin paling pasti aku ia bisa roboh jika rangkamu tiangnya. Hentilah aku di situ.
Kelemahnya kau ini bukan untuk aku dendam, tapi biar aku tau nilainya yang kau punya. Fulus aku sikit, minda kau besar, ekspiriannya aku tak lelah, jadi aku setiap bikinku membenci si tua gagal.
Apa yang kau bilang-bilang kini tidak terkira dek kederat kau. Akhirnya kita yang susah. Bukan bukan bukaN. Aku yang sengsara.

Wednesday, August 15, 2012

Nikelodion

"Kanan sikit, kepala naikkan sikit, buka dada, tangan pegang buah tu bawah sikit", Rini ikut kata jurufoto itu. Rini kaku. Rini keras. Rini lurus. Macam-macam gaya Rini bikin. Nampaknya dia puas. Rini pun puas.
"Cantik! Bravo Rini! I suka...! Promise that you'll have another session with me?",
"Hmmm sure Jay, ni pun memang passion I. I pergi salin baju dulu okay". Khusyuk Jay tatap hasil ketiknya.
"Jay, I got to go now. I ada hal lain nak buat, jumpa kawan". 
"Okay, nanti I call you for the next session. Jaga badan tau. Muah muah!", gedik Jay sambil gelak kecil. Tinggal Jay dengan kotak hitamnya. Lihat wajah statik Rini lagi jati. Sayang. Mancung hidung, pipi tersorong, make-up Avon. Peribadi ketang-keting kosong. Solat asar.

............................

"Deras arus tohornya keruh,
 Mudik ke hulu, Sungai Palembang;
 Patah sayap, bertongkatkan paruh,
Digalang niat, ditolak tak tumbang." 
 ............................

Sebatang. Dua batang. Tiga batang. cukup tiga, sunnah rasul.
"Sial la kau Paiz. Habis aku punya kau pau!", maki Jo.
"Ala. Relaks la beb. Rokok kau rokok aku juga apa.", Paiz senyum, panjang lolipop maut tinggal 3 minit lagi. Kotak baru. Light. Kaya.
"Aku nak berhenti.", dengus Jo. 
"Berhenti la, tapi kau tetap kena beli yang baru. Aku punya......", pinggang Jo Paiz rangkul.
"Ya Paiz, aku tau. Yang penting kau tetap dengan aku, jadi superhero aku, lelaki aku.", masuk alam Aelis di bahu Paiz.
Dunhill penuh dalam bayu. Jaga aku..........

............................



Tuesday, August 14, 2012

naked swimmer

Kapas tak bersayap kali ini jangan biar kelabu, jangan biar sarat, yang lencun itu akhirnya adalah kudin. Detik nanti sayap itu patah, gaya meteorit gugur tempuh barat daya lalu timur laut, tidak kudin kelemasan lagi. Confiunisma kudin tak tahu bila riwayat kapas kelabu itu gugur. Lembab yang kudin tanggung ini berkulat. Kulat gatal, tapi bisa bikin lauk. Tak enak tapi ruji.
Cukup lah, kudin tak mampu lagi. Kudin juga mau swim-swim. Kudin tak mau lemas lagi. Kudin mau guna payungan juga. Kudin tak mau lencun. Kudin perlu bluehippo, tak lembab lagi kudin nanti. Tengikkk~!
"Kudin kudin, kudin janji ye, kudin jangan pergi jauh, tapi kudin naiklah tinggi. Bila kami perlu kudin, masalah cekik kudin, kudin terjun je, kami di bawah ni. Kalau kudin pergi jauh, nanti kudin susah mau ritern, kudin sesat. kudin jangan perasan.....kami sedih", bekal si si adawa.
Sekarang janji kudin ceming, kudin kena tuai, cuma jentera Holland je yang kudin tiada. Kudin tak tau nak buat apa. Mata kudin berair, hati kudin kesemut, badan kudin dingin, otak kudin dalam penik rum cerita semalam yang kudin tonton. Kudin tertidur.
Kudin mesti ingat si si adawa, ingat dwarfs sayang, ingat nuhwhytoo itu dulu, ingat maha segala. 
Celik parut kudin takkan terlupa, tatap kudis di kiri kudin jadi peta yang bakal sembuh biar tersiram air kapas berkat tempayan tiang si hati. 


Teruskan infinithlon kudin, jangan pecut lagi.

Thursday, August 9, 2012

like a stranger


 i don't know you, go away.... i hope you're an error to my life....
i don't care how much you had spend on me...just leave

logika liquid-balls

Air suci itu inda mengenal rupa, inda tahu jantina, inda nampak ikhlasnya. mungkin ia mau raih simpati, tapi ikhlasnya itu empati, basah dengan harapan, maha esa saja yang tahu. 
Aku kini dua puluh dua. ini bukan umur. ini pengalaman. umur inda mematangkan, pengalaman iaitu. walau banyak kelas yang kosong. yang penuh hanyalah dengan gebar empuk. keringkan logik, peramkan masam silapku, sedap-sedap ranum buahnya inda mengkal. 
Banyak yang aku rasa. hati perut mata bulu dan bontot. kini si silam menghantui aku. not really here, but it's here. on top of me. aku rasa sakit, pedih dulu yang bertakung, ku didih tanpa sedar, burn tahap pertama yang aku terima, yang paling bisa. senang untuk ubat, lambat untuk baik.
Aku terimbas kembali, yakin aku pernah gila sama mereka. benci aku? tidak aku percaya kau benci. kau inda mau benci.
Pernah aku rampas liquid-balls mu, masa tu aku gila aku buta aku tersiksa. liquid-balls mu paling berharga. harapan untukku ke syurga, retak begitu sahaja. kau tetap cinta.
Aku cuma mau kau tahu, yang aku mahu tetap menjagamu, mahu tetap denganmu, selalu di sisi mu. aku mau kau layan aku. seperti alpha yang lain. penuh minyak kau tatang. walaupun banyak parut yang aku garit. walapun jelas terlihat aku inda seperti alpha biasa. aku dimuka belakang inda biasa.



Ampunkanku di lebaran kali ini.....si kasih abadi....

Friday, August 3, 2012

bantal ini membulat lagi

Inikah karma yang orang selalu bisingkan? hal terjadi yang bakal terjadi semula. pembalasan. penghargaan. hukuman. Dalam diam aku mendiamkan, bukan niat tetapi terniat, taknak lepas sudah kulepaskan. Mungkin ini karma engkau, emas yang kau tempa celah kedutku kini kau ambil semula, gayanya aku ni bank, hidup aku bankermu. kerana kau, aku tak daya tanggung akaun baru, walaupun percuma, kerana interestmu yang kau tinggalkan dulu. terkucup dengan hatiku. Aku tak mau jumudmas, jumuddi, jumudwah. agar tiada yang terluka lagi.



Tidak aku membenci, apatah lagi kudengki. ada yang perlu aku lindungi. yang takkan dapat ku lepas pergi. Kau henti lah.

Wednesday, August 1, 2012

Nymphaeaceae


kau siapa? siapa kau sebenarnya? dulu kau si lembut lilium, kini duri rosa kau tembus ke epidermis aku. kenapa kau lain? aku tak perlu lindungan kau sepertimana kau lindung si impatiens balsamina yang tup meletup. tak perlu tunjuk yang kau tu helianthus annuus, dasarnya kau tu cuma acanthaceae. eh masih kuat akarnya nelumbo nucifera si aku. hakikatnya sebelum kelopak kau di tarik , kau hilang nilainya flora. sudah la. hentikan pura-pura ini.

aku tak harap kau jadi si cantik arachnis flosaeris atau si harum mimusops elengi....yang penting kau bisa jadi si syzygium aromaticum dan illicium verum, bikin sedap sup, semua pun suka.