Epee.
Si putih panggil aku. Ia minta sesuatu. Untuk jerit bahawa suatu hari pasti akan ku pergi. Aku cuma ingin katakannya sekali. Kalau kau mahu kutuk kau kutuk. Kalau kau mahu tegur kau tegur. Tapi bilang pada batang hidung aku. Supaya sentak sekali jiwa dan minda aku.
Cuak mahu bicara pada aku? Takut aku teriak kembali? Itu refleks semulajadi. Kau juga banyak bikin itu. Dulu dan sekarang. Tidak aku membodoh lagi. Oh! Tak mengapa. Sekejap sahaja lagi. Pabila aku tinggalkan lantai ini. Tiada luatan lagi. Kasihan kau. Sakit muntah mual. Aku menapak retal, bau mual itu kurang. Bau itu bukan sampah. Itu nyawa aku. Aku lindung. Kau usik dia, aku terusik. Aku terasa menyial tuli? Aneh kan? Jangan panaskan aku. B bertemu B nanti. Jangan cari aku jika tiada kau perlu.
Pada awalnya salah aku. Tapi asalnya salah kau. Tapi tak aku salahkan kau. Kau tetap menyalahi aku. Tak salah untuk kau begitu. Tapi kau mencari salah yang baru. Dengan lupa salah kau yang dulu. Teruskan dengan salah kau yang dulu. Tersalah aku menilai. Salah untuk aku masih berada di sini. Mungkin aku salah. Salah lagi. Maafkan salah silapku.
Kau baca ini. Aku bakal pergi. Jika kau hargai, lepaskan angin kau yang dulu itu.
Kau ingat ini. Kipaslah. Ludahlah. Aturlah. Genggamlah. Peganglah. Ubahlah.
Aku bukan baik dan aku bukan yang dulu lagi.
Tikammu.
No comments:
Post a Comment