Thursday, August 9, 2012

logika liquid-balls

Air suci itu inda mengenal rupa, inda tahu jantina, inda nampak ikhlasnya. mungkin ia mau raih simpati, tapi ikhlasnya itu empati, basah dengan harapan, maha esa saja yang tahu. 
Aku kini dua puluh dua. ini bukan umur. ini pengalaman. umur inda mematangkan, pengalaman iaitu. walau banyak kelas yang kosong. yang penuh hanyalah dengan gebar empuk. keringkan logik, peramkan masam silapku, sedap-sedap ranum buahnya inda mengkal. 
Banyak yang aku rasa. hati perut mata bulu dan bontot. kini si silam menghantui aku. not really here, but it's here. on top of me. aku rasa sakit, pedih dulu yang bertakung, ku didih tanpa sedar, burn tahap pertama yang aku terima, yang paling bisa. senang untuk ubat, lambat untuk baik.
Aku terimbas kembali, yakin aku pernah gila sama mereka. benci aku? tidak aku percaya kau benci. kau inda mau benci.
Pernah aku rampas liquid-balls mu, masa tu aku gila aku buta aku tersiksa. liquid-balls mu paling berharga. harapan untukku ke syurga, retak begitu sahaja. kau tetap cinta.
Aku cuma mau kau tahu, yang aku mahu tetap menjagamu, mahu tetap denganmu, selalu di sisi mu. aku mau kau layan aku. seperti alpha yang lain. penuh minyak kau tatang. walaupun banyak parut yang aku garit. walapun jelas terlihat aku inda seperti alpha biasa. aku dimuka belakang inda biasa.



Ampunkanku di lebaran kali ini.....si kasih abadi....

No comments:

Post a Comment